Tuesday, July 20, 2010

BERITA HAIRAN YG HAIRAN....???

Semalam aku buat pertama kalinya terasa terpanggil dalam melemparkan comment di ruangan comment tajuk utama sebuah akhbar online utama dinegara ku tercinta.... tajuk berkisar kesatuan bangsa/agama..

aku cenderung menyatakan kesatuan berkiblatkan bangsa nescayakan gagal... dan hanya kesatuan berteraskan paksi ISLAM akan berjaya.. lalu ku selitkan hujah dan dalil dalam menyokong hujah ku...

tapi ada yg kurang bersetuju dan tak berapa setuju... mungkin kerana semangat assobiyah yg agak tebal... dan mungkin meletakkan logik dihadapan segalanya...

maka aku merangka komentar balas bg menjawab... dengan penuh hikmah dan sedaya aku mencari dalil sokongan atas tujuan perkongsian... bukan mahu menunjuk siapa yg lebih hebat... lalu di post komentar balas tersebut...

5 minit ku tgg... masih belum dipapar..

15 minit masih belum lg..

setengah jam... aku hanya senyum... apabila melihat post2 baru yg lain sudah dipapar tanpa komentar dari ku yg sudah ku hantar...

kenapa manusia takut akan kebenaran... kiblat mana kah yg disembah... hingga buta sebegitu rupa...

aku hanya boleh membuat kesimpulan... Tidak semua manusia faham suatu perkara dari sudut yg sama... banyak faktor yg mempengaruhinya... antara yg utama... KIBLATNYA...

No comments:

Post a Comment