Wednesday, July 28, 2010

Penantian yg Dinantikan... Mujahid Ke-2 Ku....


27/07/2010....

Sebelum tgh hari aku dan isteri sudah sampai di dewan bersalin hospital selayang untuk membuat pemeriksaan awal sebelum diputuskan samada akan ditahan di wad atau mcm mana... dua hari lepas kami datang... dr memutuskan untuk induce.. ttp isteri ku memohon untuk menunggu dlm 2 hari lg.. lalu dibenarkan selepas Dr memastikan keadaan kandungan dalam keaadaan baik.. maka hari ini seperti dijangka... isteriku ditahan di wad 5C katil 22... dan esok paginya baru akan diinduce...

28/07/2010

selepas solat subuh.. aku menerima panggilan telefon dari isteriku... menyatakan yg dia sudah diinduce... dlm perancangan keluarga ku dan keluarga pakcikku... malam ini akan diadakan tahlil arwah disurau.. maka sebelum aku keluar aku sudah mempersiapkan dapur dan juga periuk2 besar untuk kegunaan memasak... lazimnya aku akan bersama mak dan abah ku dalam mempersiapkan semua hidangan... tp kali ini.. abah dan mak ku dibantu oleh keluarga makcikku...

dalam sekitar jam 9 aku sudah menuju ke hospital selayang...sampainya disana seperti dijangka... perghhh payah nye parking... dapat parking nun jauh dibelakang.. aku terus ke wad isteriku.. isteriku berkata dia sudah merasakan contraction sekitar 5 ke 10 minit sekali... disebabkan ada taklimat untuk ibu2 menyusu bayi untuk isteriku... maka selepas +- satu jam disitu.. aku pun beredar untuk tgg diluar wad... duduk di kerusi malas hingga tetido...

kurang lebih pukul 1225.. isteriku keluar mecariku yg tertido diluar lalu mengejut ku... aku bgn dan masuk menunggu bersama isteri ku didalam wad... isteriku mengadu contraction nya terasa amat kuat.. sampai dia meminta ku memanggil DR... lalu Dr. datang memeriksa dan menyatakan bukaan hanya 2cm... lebih sedikit dari semalam 1 cm.. disebabkan terlalu sakit lalu dr.. akan memberi injection tahan sakit.. isteri ku menunggu dalam sakit... lalu ku susuli semula.. tak jugak sampai2 ubat tahan sakitnya.. isteriku dan meraung2 sakit.. sekali lg ku susuli.. dgn memanggil nurse yg lain pula.... kali seorang nurse dan seorang dr. yg lain datang... die menerangkan bagaimana ubat tahan sakit ni akan bertindak... sebelum diberi ubat tersebut.. sekali lg laluan diperiksa oleh Dr yg lg satu ini tadi...tekejut apabila tidak sampai 30 minit Dr pertama td memeriksa... bukaan sudah terbuka 7cm.. kelam kabut nurse td menjerit booking labour room!!!!! isteri ku terus ditolak ke labour room aku mempersiapkan baju.. tuala.. dan pampers bayi untuk dibawa bersama...

Terus dimasukkan ke labour room no 11... aku ingin menyusuli isteriku... tp untuk tujuan persiapan.. aku tdk dibenarkan masuk dahulu... maka aku tgg diruang menunggu.. waktu zuhur pun masuk lalu aku pun solat dahulu... usai solat.. aku menunggu.. tp tak dipanggil2 untuk masuk.. lalu aku mara ke kaunter dan bertanya.. selepas itu baru aku dibenarkan masuk... terkejutnya aku... tak sampai setengah jam dari isteriku masuk td... zuriatku yg ke2 selamat dilahirkan... sekali lg aku terlepas melihat isteriku melahirkan anak ku.. yg sulung... guna vacuum.. maka suami tak dibenarkan berada bersama mengikut polisi hospital... Syukur semuanya mudah dan selamat...

setelah selesai semuanya... isteriku menyusukan anak.. dan selepas itu aku mengazankan ditelinga kanan juga iqamah ditelinga kiri nya... Alhamdulillah semuannya selamat.... langsung kenduri doa selamat malam itu di surau....

Wednesday, July 21, 2010

PENTINGNYA ARAHAN ALLAH...

Tesentuh hati ku mendengar ulasan seorang ustaz mengenai arahan ALLAH ketika kuliah maghrib semalam....

Suatu kisah yg mana nabi ingin menyatakan kepada kita umatnya ini.. bahawa amatlah pentingya setiap satu arahan atau perintah dari ALLAH..

Kisah dimana turunnya ayat al-quran bg menukar kiblat umat ISLAM dari menghadap ke Masjidil Aqsa di Palestine ke Masjidil Haram di Makkah... Nabi Muhammad amat berharap sebelum itu agar qilat umat ISLAM dapat ditukarkan.. kerana tidak tahan akan cemuhan orang2 yahudi yg mengejeknya kerana berqiblatkan qiblat yg sama dgn mereka...

Turunnya ayat ini.. ada yg mengatakan ketika solat zuhur... dan ada yg menyatakan ketika solat asar.. Ianya turun ketika rakaat 2 sewaktu duduk tahiyyat awal... manakala sewaktu bangun sahaja baginda terus berpusing 180 darjah mengahdap ke masjidil haram... maka 2 rakaat pertama baginda dan para sahabat bersolat menghadap palestin masjidil aqsa... 2 rakaat selebihnya menghadap masjidil haram...

Jika difikir secara lazimnya... tidak bolehkah tunggu sehingga selesai solat... dan solat yg berikutnya nnt ditukar qibatnya kearah masjidil haram...
Baginda sbg Rasul pilihan... menunjukkan bahawasanya setiap satu arahan atau perintah ALLAH itu amatlah penting... dan perlu dipatuhi serta merta... tanpa dilengahkan...

Nilai lah diri kita hari ini.... bagaimana nilai kita disisi tuhan kita..


Antara punca manusia terjebak dgn dosa:

- Sombong -->
tolak kebenaran @ arahan ALLAH (cth lain kisah syaitan enggan sujud pd nabi Adam)berasa diri hebat dari ALLAH...

- Tamak -->
membawa kepada mencuri, merompak... ambil hak orang..

- Hasad -->
antara contoh.. kisah Qabil membunuh Habil dan kisah nabi yusuf dikhianati adik beradiknya...

KISAH NABI YAAKUB DAN MALAIKAT MAUT...

Kuliah maghrib di surau ku hari ini... diisi oleh seorang figure ulama dan juga tokoh akedemik yg hebat... jika disebut namanya maka mungkin ramai yg mengenalinya...

Tapi hari ini bukan ketokohannya yg nak ku kongsikan.. tapi sedikit pengisiannya untuk renungan kita bersama..

Dalam banyak perkara yg disampaikan... aku tertarik dgn cerita nabi yaakub bersama malaikat maut...
malaikat maut selalu menziarahi nabi yaakub.. lalu pd satu pertemuan.. nabi yaakub membuat satu permintaan... dia berkata..."wahai malaikat maut aku ada satu permintaan.. aku minta agar nnt bila sudah dekat ajal aku nnt dapatlah engkau memberi tahu ku lebih awal"... maka balas malaikat... boleh tiada masalah... lalu beredarlah malaikat ini td...

maka pd suatu hari malaikat maut mendatangi nabi yaakub... maka nabi Allah yaakub bertanya... kamu datang ini untuk menziarahi aku atau "on duty"(dgn izin)... lalu dibalas malaikat.. on duty... untuk menarik nyawa mu wahai nabi yaakub...

maka terkejutlah nabi yaakub.. bukankah sudah berjanji untuk memberitahu ku lebih awal... balas malaikat ya... aku sudah berbuat...
suasana penuh tumpuan di dalam surau.. dipecahkan oleh gelak2 perlahan para jemaah yg hadir... apabila ustaz menyatakan.. malaikat Allah tidak mungkin menipu.... tp mufti belum tentu...

malaikat maut menngatakan aku telah menghantar 3 isyarat tanda2 ajal mu sudah dekat...
- rambut mu yg ditumbuhi uban..
- badan yg dahulunya kuat.. sekarang sudah mula lemah2..
- badan yg dahulunya tegak... sudah mula membongkok...

maka hendaklah kita sentiasa bersedia untuk menghadapi hari kemudian..dengan mempersiapkan diri kita dengan iman dan amal...

Tuesday, July 20, 2010

BERITA HAIRAN YG HAIRAN....???

Semalam aku buat pertama kalinya terasa terpanggil dalam melemparkan comment di ruangan comment tajuk utama sebuah akhbar online utama dinegara ku tercinta.... tajuk berkisar kesatuan bangsa/agama..

aku cenderung menyatakan kesatuan berkiblatkan bangsa nescayakan gagal... dan hanya kesatuan berteraskan paksi ISLAM akan berjaya.. lalu ku selitkan hujah dan dalil dalam menyokong hujah ku...

tapi ada yg kurang bersetuju dan tak berapa setuju... mungkin kerana semangat assobiyah yg agak tebal... dan mungkin meletakkan logik dihadapan segalanya...

maka aku merangka komentar balas bg menjawab... dengan penuh hikmah dan sedaya aku mencari dalil sokongan atas tujuan perkongsian... bukan mahu menunjuk siapa yg lebih hebat... lalu di post komentar balas tersebut...

5 minit ku tgg... masih belum dipapar..

15 minit masih belum lg..

setengah jam... aku hanya senyum... apabila melihat post2 baru yg lain sudah dipapar tanpa komentar dari ku yg sudah ku hantar...

kenapa manusia takut akan kebenaran... kiblat mana kah yg disembah... hingga buta sebegitu rupa...

aku hanya boleh membuat kesimpulan... Tidak semua manusia faham suatu perkara dari sudut yg sama... banyak faktor yg mempengaruhinya... antara yg utama... KIBLATNYA...

MENANTI PENUH DEBARAN

Hari ini sudah masuk hari ke-5 kandungan zaujah ku melepasi tarikh due nya... pagi2 lg aku dan zaujah ku sudah pergi ke klinik berdekatan bg membuat pemeriksaan.... Alhamdulillah... doktor kata kandungan normal dan hanya tunggu sakit sahaja... bak kate teman sepejabat aku.. Contractiong... orang Terengganu gitu ah bunyi nye... jika tiada tanda sakit... sabtu pagi aku akan terus membawa zaujahku ke hospital Selayang... dan akan terus induce...

Tidak seperti anak pertama ku... awal 5 hari dari due date... ianya membuat aku serabut perut...
hanya Allah sebagai pelindung...

Dalam menanti.... aku sibuk juga mencari nama mujahid ke-2 ku ini.. pening juga memikirkan... Insya'Allah nnt dapat lah nama terbaik untuknya...