Wednesday, July 28, 2010

Penantian yg Dinantikan... Mujahid Ke-2 Ku....


27/07/2010....

Sebelum tgh hari aku dan isteri sudah sampai di dewan bersalin hospital selayang untuk membuat pemeriksaan awal sebelum diputuskan samada akan ditahan di wad atau mcm mana... dua hari lepas kami datang... dr memutuskan untuk induce.. ttp isteri ku memohon untuk menunggu dlm 2 hari lg.. lalu dibenarkan selepas Dr memastikan keadaan kandungan dalam keaadaan baik.. maka hari ini seperti dijangka... isteriku ditahan di wad 5C katil 22... dan esok paginya baru akan diinduce...

28/07/2010

selepas solat subuh.. aku menerima panggilan telefon dari isteriku... menyatakan yg dia sudah diinduce... dlm perancangan keluarga ku dan keluarga pakcikku... malam ini akan diadakan tahlil arwah disurau.. maka sebelum aku keluar aku sudah mempersiapkan dapur dan juga periuk2 besar untuk kegunaan memasak... lazimnya aku akan bersama mak dan abah ku dalam mempersiapkan semua hidangan... tp kali ini.. abah dan mak ku dibantu oleh keluarga makcikku...

dalam sekitar jam 9 aku sudah menuju ke hospital selayang...sampainya disana seperti dijangka... perghhh payah nye parking... dapat parking nun jauh dibelakang.. aku terus ke wad isteriku.. isteriku berkata dia sudah merasakan contraction sekitar 5 ke 10 minit sekali... disebabkan ada taklimat untuk ibu2 menyusu bayi untuk isteriku... maka selepas +- satu jam disitu.. aku pun beredar untuk tgg diluar wad... duduk di kerusi malas hingga tetido...

kurang lebih pukul 1225.. isteriku keluar mecariku yg tertido diluar lalu mengejut ku... aku bgn dan masuk menunggu bersama isteri ku didalam wad... isteriku mengadu contraction nya terasa amat kuat.. sampai dia meminta ku memanggil DR... lalu Dr. datang memeriksa dan menyatakan bukaan hanya 2cm... lebih sedikit dari semalam 1 cm.. disebabkan terlalu sakit lalu dr.. akan memberi injection tahan sakit.. isteri ku menunggu dalam sakit... lalu ku susuli semula.. tak jugak sampai2 ubat tahan sakitnya.. isteriku dan meraung2 sakit.. sekali lg ku susuli.. dgn memanggil nurse yg lain pula.... kali seorang nurse dan seorang dr. yg lain datang... die menerangkan bagaimana ubat tahan sakit ni akan bertindak... sebelum diberi ubat tersebut.. sekali lg laluan diperiksa oleh Dr yg lg satu ini tadi...tekejut apabila tidak sampai 30 minit Dr pertama td memeriksa... bukaan sudah terbuka 7cm.. kelam kabut nurse td menjerit booking labour room!!!!! isteri ku terus ditolak ke labour room aku mempersiapkan baju.. tuala.. dan pampers bayi untuk dibawa bersama...

Terus dimasukkan ke labour room no 11... aku ingin menyusuli isteriku... tp untuk tujuan persiapan.. aku tdk dibenarkan masuk dahulu... maka aku tgg diruang menunggu.. waktu zuhur pun masuk lalu aku pun solat dahulu... usai solat.. aku menunggu.. tp tak dipanggil2 untuk masuk.. lalu aku mara ke kaunter dan bertanya.. selepas itu baru aku dibenarkan masuk... terkejutnya aku... tak sampai setengah jam dari isteriku masuk td... zuriatku yg ke2 selamat dilahirkan... sekali lg aku terlepas melihat isteriku melahirkan anak ku.. yg sulung... guna vacuum.. maka suami tak dibenarkan berada bersama mengikut polisi hospital... Syukur semuanya mudah dan selamat...

setelah selesai semuanya... isteriku menyusukan anak.. dan selepas itu aku mengazankan ditelinga kanan juga iqamah ditelinga kiri nya... Alhamdulillah semuannya selamat.... langsung kenduri doa selamat malam itu di surau....

2 comments: